• mazarul1@yahoo.com
  • 019-221 4836 EN. MALEK / 011-5887 2771 PN. WANI / 019-441 7448 PN. MURNI

MAJLIS PENYERAHAN INSENTIF GERAN PADANAN MESIN KERJA KAYU PMKS (PIM)

  • 24 Jun 2026 | 2:42 petang
majlis-penyerahan-insentif-geran-padanan-mesin-kerja-kayu-pmks-pim

PENYAMPAIAN BANTUAN MESIN KEPADA USAHAWAN INDUSTRI KAYU

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) telah menyampaikan bantuan mesin kepada usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) industri kayu sempena Sambutan Hari Kayu Sedunia (World Wood Day) 2026 yang berlangsung di Galeri Glulam MTIB, Johor Bahru. Bantuan ini sebahagian daripada inisiatif memperkasa daya saing usahawan industri kayu negara.

Melalui pelaksanaan program pembiayaan geran padanan bagi mesin automasi dan separa automasi, MTIB terus komited membantu usahawan meningkatkan produktiviti, kecekapan operasi serta penghasilan produk bernilai tambah tinggi. Inisiatif ini selaras dengan usaha mempercepatkan transformasi teknologi dalam industri perkayuan negara dan melahirkan usahawan yang lebih berdaya saing di peringkat domestik dan antarabangsa.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima bantuan mesin. Semoga bantuan yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk mengembangkan perniagaan, meningkatkan kapasiti pengeluaran serta menyumbang kepada pertumbuhan mampan industri perkayuan negara.